Pemeriksaan Bangunan Dengan UAV

RESUME ARTIKEL “KAEDAH PEMERIKSAAN BANGUNAN TINGGI MENGGUNAKAN PESAWAT TANPA PEMANDU (UAV)” Bangunan merupakan sebuah struktur binaan manusia yang mempunyai pelbagai bentuk dan fungsinya tersendiri. Secara umumnya, bangunan yang dikategorikan sebagai bangunan tinggi ialah bangunan yang mempunyai struktur secara kasarnya 7 tingkat atau lebih. Pada ketinggian tersebut, sebarang kecacatan dan kerosakan bangunan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Langkah-langkah awal sebelum berlakunya kerosakan juga sukar dilakukan. Sehingga kini, tiada format atau garis panduan yang piawai untuk diikuti sebagai panduan atau pelan tindakan untuk pelanggan awam dari segi penyelenggaraan bangunan. Pemeriksaan secara visual adalah kaedah yang perlu digunakan pada peringkat pertama pemeriksaan bangunan untuk mengesan sebarang kecacatan. Biasanya, teropong dan kamera merupakan alat utama yang digunakan dalam penyiasatan visual untuk bangunan tinggi. · ...