Pemeriksaan Bangunan Dengan UAV
RESUME
ARTIKEL
“KAEDAH
PEMERIKSAAN BANGUNAN TINGGI MENGGUNAKAN PESAWAT TANPA PEMANDU (UAV)”
Bangunan
merupakan sebuah struktur binaan manusia yang mempunyai pelbagai bentuk dan
fungsinya tersendiri. Secara umumnya, bangunan yang dikategorikan sebagai
bangunan tinggi ialah bangunan yang mempunyai struktur secara kasarnya 7
tingkat atau lebih. Pada ketinggian tersebut, sebarang kecacatan dan kerosakan
bangunan tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Langkah-langkah awal sebelum
berlakunya kerosakan juga sukar dilakukan. Sehingga kini, tiada format atau
garis panduan yang piawai untuk diikuti sebagai panduan atau pelan tindakan
untuk pelanggan awam dari segi penyelenggaraan bangunan.
Pemeriksaan
secara visual adalah kaedah yang perlu digunakan pada peringkat pertama
pemeriksaan bangunan untuk mengesan sebarang kecacatan. Biasanya, teropong dan
kamera merupakan alat utama yang digunakan dalam penyiasatan visual untuk
bangunan tinggi.
·
Penyelenggaraan Bangunan
Penyelenggaraan
bangunan adalah satu proses pemulihan struktur dan komponen bangunan. Ia
meliputi dinding, bumbung, longkang, pintu, tingkap, dan lantai. Isu
penyelenggaraan bangunan adalah masalah sejagat dan sangat dipertimbangkan
dalam proses awal pembinaan (reka bentuk) untuk memastikan kualiti bangunan.
·
Jenis Kecacatan Pada Bangunan
Kecacatan
dan kerosakan pada bangunan adalah perkara lazim yang terjadi pada bangunan. antara
jenis kecacatan pada bangunan ialah
1. Kelembapan
Kelembapan sering berlaku
pada tembok, lantai dan siling dalam bangunan.Sifat ini mengakibatkan permukaan
tembok dan siling itu bertompok-tompok basah dan lantai sentiasa lembab
2. Kecacatan
cat
Masalah kecacatan cat
ialah kerana permukaan bangunan yang disapu tidak mengikut spesifikasi dan
arahan yang ditetapkan pleh pihak pengeluar bahan tersebut.
3. Keretakan
Kerosakan atau kemusnahan
konkrit boleh dikatakan berlaku apabila keretakan mula kelihatan. Dengan itu
penyiasatan terhadap jenis atau corak keretakan akan memberikan petanda awal
untuk mengetahui punca-punca yang menyebabkan kerosakan atau kemusnahan konkrit
itu berlaku.
Unmanned
Aerial Vehicle (UAV) atau Pesawat Tanpa Pemandu dilengkapi dengan kamera yang
menawarkan kemungkinan untuk memetakan kawasan yang berbeza cepat dan dengan
fleksibiliti yang tinggi berbanding dengan foto udara klasik. Peralatan yang
digunakan dalam kajian ini adalah pesawat mikro UAV DJI Phantom FC40 kerana
harganya yang berpadanan dengan kualiti imej yang terhasil.
·
METODOLOGI KAJIAN
1. Perancangan
dan persediaan (perancangan sebelum penerbangan, persediaan sebelum
penerbangan)
2. Pemprosesan
imej (kedudukan dan kecacatan direkam dalam video, video ke imej untuk fokus
kecacatan)
3. Pengumpulan
data (merekam video)
4. Analisis
imej (suntingan menggunakan adobe photoshop cs6)
Komentar
Posting Komentar